Pages

Friday, May 16, 2014

SURAT PENGHARGAAN DARI PENGADU


Surat Penghargaan Dari Pengadu

 28/4/2014, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima sepucuk surat Ucapan Terima Kasih dari salah seorang pengadu yang berada di ipoh perak.

Pengadu Abdul Hamid menghantar surat Ucapan Terima Kasih ini atas kerana kejayaan PPIM menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan MyBank. Beliau mempunyai hutang yang tertunggak dan memerlukan penjadual semula pembayarannya. Selain itu beliau meminta agar pembayaran dikurangkan

Dengan kerjasama 3 pihak iaitu PPIM, pengadu dan MyBank. Akhirnya kami telah menemui kata sepakat yang dipersetujui oleh kedua pihak ini.


Pihak PPIM bebesar hati dan terharu atas surat ucapan ini. Kami di PPIM cuba membantu sedaya upaya kami dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan pengguna. 

Thursday, May 15, 2014

Slot Dunia Pengguna Bersama PPIM di Radio 24



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berjaya bekerjasama dengan Bernama Radio atau Radio 24 untuk memberi informasi dan ilmu berkaitan dengan hal-hal pengguna. Penceramah yang sering keudara didalam slot Dunia Pengguna bersama PPIM adalah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Beliau akan menceritakan tentang kes-kes yang sering terjadi dan memberi ilmu untuk pengguna supaya mereka tidak terpedaya dan sekali gus membuat pengguna menjadi pengguna yang berilmu.

Slot ini akan bersiaran langsung setiap isnen hingga khamis, bermula 1.15 tengahari hingga 2.30 petang


Wednesday, May 14, 2014

CNN dan Fox News -


Pada 3 April 2014, PPIM telah memberi anugerah kambing kepada CNN dan Fox News di kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.  Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan menyerahkan anugerah ini untuk satu kesedaran kepada pihak CNN dan Fox News untuk memberi berita yang sahih dan tidak menyindir agama Islam.

Beberapa NGO Malaysia membuat satu domostrasi aman dihadapan kedutaan tersebut dan dengan kejayaan ini, PPIM berharap agar suara yang ada di Malaysia ini mampu nenggegarkan mereka yang ingin menjatuhkan martabat Islam dimata dunia.






COPYRIGHT BY PPIM